ExploreLah Perlis Patriot Hunt 2025
Bayangkan anda dan rakan sepasukan menjelajah tempat menarik di Perlis sambil menyelesaikan cabaran penuh kejutan dan keseronokan. Bukan sekadar jalan jalan biasa, tapi sebuah pengalaman yang padat dengan aksi, strategi dan teamwork.
ExploreLah Perlis Patriot Hunt 2025 adalah peluang terbaik untuk anda rasai sendiri keseronokan aktiviti luar yang unik. Sepanjang perjalanan, anda akan teroka lokasi ikonik, kenal budaya tempatan, dan pada masa yang sama cipta memori yang susah nak lupa.
Program ini akan berlangsung pada 1 November 2025. Anda boleh sertai bersama keluarga, rakan sekerja, atau sesiapa saja. Terbuka kepada semua peringkat umur dan latar belakang. Siapa yang sukakan cabaran, suka vibe meriah dan nak menang hadiah menarik, memang wajib join.
Kalau anda nak hari Sabtu yang lain daripada biasa, ini lah masanya. Daftar sekarang dan jadi sebahagian daripada pengembaraan yang akan jadi bualan ramai.
- Memupuk semangat patriotik dalam komuniti
- Menjelajah destinasi ikonik Perlis
- Memperkasakan pelancongan domestik
- Mengeratkan hubungan kekeluargaan dan organisasi
Maklumat Program
- Tarikh: 1 November 2025 (Sabtu)
- Masa: 7.30 pagi – 4.00 petang
- Lokasi Permulaan: Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin UniMAP
Penganjur
- Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas UniMAP (POTENSI)
- Persatuan Kakitangan Akademik UniMAP (PKA)
- Kesatuan Kakitangan Perlaksana UniMAP (KESONA)
Sasaran Peserta
Terbuka kepada:
- Keluarga
- Organisasi swasta dan korporat
- Institusi pendidikan
- Jabatan kerajaan
