Ada Pertanyaan? Hubungi Kami

Syarat & Peraturan

Peraturan Pertandingan Explore-Lah Perlis Patriot Hunt 2025

Berikut adalah garis panduan dan peraturan rasmi pertandingan yang perlu dipatuhi oleh semua peserta.

Pertandingan ini dinamakan “Explore-Lah Perlis Patriot Hunt 2025”.

  1. Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia & antarabangsa (min 12 tahun).
  2. Setiap pasukan terdiri daripada 4 orang peserta.
  3. Yuran penyertaan: RM300 setiap pasukan.
  4. Pendaftaran lengkap dengan butiran peserta, resit bukti pembayaran.

  1. Setiap pasukan hendaklah mengisi borang pendaftaran dan klik membaca & faham syarat penyertaan.
  2. Sekurang-kurangnya seorang ahli pasukan perlu hadir pada sesi pengesahan penyertaan dan taklimat yang dijadualkan seperti berikut:
    1. Tarikh: 31 Oktober 2025 (Jumaat)
    2. Masa: 3.30 petang
    3. Tempat: Kompleks Dewan Kuliah, UniMAP
  3. Pasukan yang tidak hadir di sesi taklimat tersebut akan dibatalkan penyertaannya dan yuran penyertaan tidak akan dikembalikan.
  4. Semua peserta perlu hadir di tempat pelepasan di Bangunan Canselori Tuankus Syed Sirajuddin selewat-lewatnya pada jam 7.30 pagi. Pelepasan akan bermula pada jam 8.30 pagi, 1 November 2025 (Sabtu).

  1. Semua pasukan diingatkan untuk mematuhi syarat-syarat dan undang-undang trafik semasa di jalan raya serta peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh pihak penganjur pada setiap masa sepanjang pertandingan ini berlangsung.
  2. Arah tuju pemanduan adalah berpandukan penunjuk arah yang akan diberi di permulaan acara. Penunjuk arah menggunakan kaedah ‘Rally Tulip’. Setiap pasukan akan menerima panduan tulip beserta soalan pada permulaan acara.
  3. Semua peserta perlu hadir di tempat pelepasan (Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin UniMAP) pada jam 7.30 pagi. Pelepasan akan bermula pada jam 8.30 pagi.
  4. Pelekat kenderaan akan dibekalkan oleh pihak penganjur untuk dilekatkan pada kenderaan peserta sepanjang tempoh acara.
  5. Set jawapan soalan yang lengkap hendaklah diserahkan kepada pegawai petugas di ‘Finish Control’ di Komplek Dewan Kuliah UniMAP sebelum pukul 3.00 petang pada 13 Mei 2023. Harta karun yang diserahkan menjadi hak penganjur.

  1. Markah diberi berdasarkan: ketepatan jawapan, kreativiti, kepantasan & tugasan selesai.
  2. Keputusan penganjur adalah muktamad.

  1. Johan: RM1,000
  2. Naib Johan: RM750
  3. Ketiga: RM500

  1. Penganjur berhak membatalkan acara bila-bila masa jika perlu & yuran dikembalikan.
  2. Yuran tidak dipulangkan jika pasukan tarik diri.
  3. Penganjur berhak:
    1. Menolak penyertaan bila-bila masa.
    2. Membatalkan mana-mana peserta daripada pasukan.
    3. Mendiskualifikasi pasukan yang:
      1. Melanggar undang-undang jalan raya & peraturan acara.
      2. Berpakat untuk menipu.
      3. Memberi maklumat palsu.
      4. Gagal siapkan acara dalam masa ditetapkan.
    4. Meminda peraturan mengikut budi bicara & dimaklumkan semasa taklimat.
    5. Tidak bertanggungjawab atas kemalangan, kerugian atau kerosakan sepanjang acara.
    6. Sebarang tuntutan tidak akan dilayan. Peserta wajib pastikan kenderaan selamat digunakan.